Mesyuarat JK Pemuafakatan Aktiviti (JKPA) PKG Kelawai 2013 diadakan pada 1 April 2013,
pukul 2.00 petang di bilik mesyuarat PKG Kelawai. Mesyuarat ini dihadiri oleh
17 orang guru yang terdiri daripada guru besar dan pengetua sekolah-sekolah kawasan PKG Kelawai. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat
tersebut ialah Projek 1Bestarinet, Latihan Perluasan VLE 1Bestarinet, Sistem
Pengurusan Sekolah (SPS) dan sebagainya. Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 4.30
petang.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Guru Besar SJK(C) Perempuan China – Ewe Beng Guat
Guru besar dan pengetua sedang menjalankan mesyuarat
En. Ahmad Fauzi – PTP1 PKG Kelawai sedang memberi taklimat tentang penggunaan CD Bank Soalan Interaktif UPSR dan PMR Tahun 2005 - 2011
Guru besar dan pengetua sedang bersoal-jawab dengan En. Ahmad Fauzi