13 March 2013

BENGKEL KHIDMAT BANTU PSS SJK(C) LI TEK "A"

Bengkel Khidmat Bantu PSS SJK(C) Li Tek A berlangsung pada 21 dan 22 Februari 2013. Tujuan khidmat bantu adalah berfokuskan kepada keceriaan dan pentadbiran PSS sekolah berkenaan. Seramai 9 orang Pegawai Teknologi Pendidikan dari seluruh Daerah Barat Daya dan Timur Laut beserta dengan 3 orang guru dari sekolah tuan rumah mengambil bahagian dalam program kali ini. Program ini berjalan dengan lancar dan jaya.

Mesyuarat dan perbincangan sebelum khidmat bantu pusat sumber sekolah.





Pegawai Teknologi Pendidikan dari semua Pusat Kegiatan Guru Kawasan Pulau dan Guru SJK(C) Li Tek "A" terlibat dalam menjayakan program ini.

En. Gim menerima sijil penghargaan bagi pihak Pusat Kegiatan Guru Kawasan Pulau.