04 August 2010

MESYUARAT GURU PENYELARAS BESTARI/ICT SEKOLAH-SEKOLAH SETEMPAT PKG KELAWAI

Mesyuarat ini diadakan pada 4 Ogos 2010, pukul 2.00 petang di bilik mesyuarat PKG Kelawai. Mesyuarat ini dihadiri oleh 17 orang Guru Penyelaras Bestari/ICT dan dipengerusikan oleh En Chen Thean Hock, PTP PKG Kelawai. Antara isu yang dibangkitkan ialah capaian schoolnet yang lembab. Perkara ini telah diambil maklum oleh Encik Abdul Sukur bin Othman, Ketua Sub-Unit UPICT, yang turut hadir dalam mesyuarat tersebut. Mesyuarat juga dimaklumkan tentang instalasi antivirus Karpersky yang telah selesai dijalankan di semua sekolah setempat dan Bengkel Khidmat Bantu ICT yang sedang berlangsung di SK Sri Tanjung. Kesempatan bermesyuarat ini juga diambil untuk sessi taklimat SSQS kepada sekolah-sekolah setempat oleh Encik Abdul Sukur. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang.


Guru Penyelaras Bestari/ICT sedang bermesyuarat


Sebahagian peserta mesyuarat sedang mendengar taklimat SSQS yang disampaikan oleh Encik Abdul Sukur.


Encik Chen sedang mempengerusikan mesyuarat