22 July 2010

PEMANTAUAN PKG KELAWAI OLEH BTPN PULAU PINANG

Pemantauan yang bertujuan untuk meningkat taraf perkhidmatan PKG kepada pelanggan-pelanggannya ini berlangsung selama 5 jam dari pukul 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Pemantauan dikendalikan oleh 5 orang pegawai dari BTPN Pulau Pinang. Antara yang dipantau dan diaudit adalah kerja-kerja rutin yang dilakukan di PKG, aktiviti-aktiviti untuk sekolah-sekolah setempat, pusat sumber PKG, kebersihan bangunan dan operasi PKG. PKG Kelawai mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada kumpulan pegawai yang menjalankan pemantauan ini. Semoga segala teguran yang diberi dapat dijadikan panduan dalam meningkatkan keefisenan dan kepuasan sekolah-sekolah setempat terhadap perkhidmatan PKG Kelawai pada masa hadapan.


En Fauzi sedang meneliti laporan dan fail-fail berkaitan keselamatan dan kebersihan PKG Kelawai


En Osman sedang menyemak anlisis, perolehan dan operasi Pusat Sumber PKG Kelawai


En Bakar sedang mengneliti laporan inventori dan harta modal serta fail-fail di PKG Kelawai


Tn Hj Abdul Aziz sedang meneliti aktiviti, perancangan dan operasi PKG Kelawai