29 January 2010

Ceramah Pencegahan Kebakaran

PKG Kelawai bersama dengan PKG Dato' Keramat dengan kerjasama Fire Prevention Centre telah mengadakan taklimat tentang cara-cara pencegahan kebakaran untuk kakitangan PKG. Ceramah ini adalah untuk memberi informasi tentang jenis kebakaran dan cara-cara terbaik untuk mencegahnya. Selain itu, cara-cara menjaga keselamatan diri sekiranya berlaku kebakaran juga diterangkan. Cara-cara penggunaan alat pemadam api yang betul juga dijelaskan oleh Encik Jayden Cheah, wakil dari Fire Prevention centre. Ceramah ini diadakan pada 22 Januari 2010 pukul 8:30 pagi.