31 July 2009

KHIDMAT BANTU ICT DI SMK PEREMPUAN ST GEORGE



Khidmat bantu dijalankan pada 30-31 Julai 2009 di SMK Perempuan St george untuk membaik pulih 2 buah makmal di sekolah berkenaan. Makmal Boolean telah berjaya dipulihkan sistem rangkaiannya dan sebanyak 18 buah komputer telah berjaya diselamatkan dari ancaman virus. Makmal Cobalt pula berjaya dipulihkan sistem rangkaiannya dan 19 buah komputer telah berjaya diselamatkan dari ancaman virus. 5 buah komputer di Pusat Sumber Sekolah yang rosak akibat serangan virus juga berjaya dipulihkan.

Antara kerja-kerja pemulihan yang dijalankan ialah:
  • menyusun semula IP address pada makmal dan access point di PSS.
  • membaikpulih 45 buah PC yang diserang virus.
  • menyusun semula port-port yang kelam-kabut pada switch.
  • mewujudkan 1 sub net dan 60 IP di PSS.
  • mengaktifkan semula wireless LAN di PSS.
  • membuat lakaran kasar pelan rangkaian LAN untuk panduan guru ICT.

Khidmat bantu yang dikendalikan oleh PTP PKG Kelawai ini disertai oleh juruteknik-juruteknik dari PKG Kelawai, PKG Datuk Keramat, PKG Gelugor, PKG Bayan Lepas, PKG Air Itam, PKG Balik Pulau, SK Jln Residensi dan SK Perempuan Island. Pegawai-pegawai BTPN Pulau Pinang yang turut membantu ialah En Adnan bin Ghazali dan En Suhaimi Salleh. Selain dari berjaya membaikpulih rangkaian dan komputer pada makmal, khidmat bantu ini juga berjaya memberi pengetahuan dan pengalaman baru kepada juruteknik-juruteknik yang baru dilantik.

PKG Kelawai merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak yang terlibat bagi menjayakan khidmat bantu ICT ini.