PKG Kelawai terletak di tengah-tengah pusat bandar Georgetown. Sekolah-sekolah setempat PKG ini terletak dalam radius 15 km dari bangunannya. Bangunan ini siap didirikan pada tahun 1930. Pada mulanya bangunan ini menempatkan Sekolah Melayu Jalan Baru yang kemudiannya menjadi Sekolah Kebangsaan Jalan Baru. Pejabat Pelajaran Daerah Pulau pula, ditempatkan di bangunan ini pada tahun1992. PKG Kelawai berpindah ke bangunan ini dariSRJK (C) Perempuan Cina pada tahun 2005.
Sejak dari penubuhannya pada tahun 1990,
3 orang Penyelaras PKG, yang kini dikenali sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan, telah silih berganti menerajui PKG Kelawai. Kini, PKG Kelawai dianggotai oleh 2 orang
Pegawai Teknologi Pendidikan, seorang Pembantu Tadbir dan seorang juruteknik yang sentiasa berusaha untuk memajukan Pusat Sumber Sekolah di samping meningkatkan kompetensi guru-guru setempat dalam penggunaan teknologi pendidikan, melalui bengkel-bengkel kerja yang dijalankan.
Sekolah-sekolah setempat PKG Kelawai:
- SMK (P) St. George
- SMK Padang Polo
- SMK Tunku Puan Habsah
- SMJK Perempuan China Pulau Pinang
- SMJK Union
- SK Sri Tanjung
- SK Jalan Residensi
- SK Perempuan Island
- SK Pykett Methodist
- SK Wellesley
- SJK(C) Perempuan Cina
- SRJK(C) Li Tek (A)
- SRJK(C) Li Tek (B)
- SRJK(C) Li Tek (C)
- SRJK(C) Shih Chung (Pusat)
- SRJK(C) Union
- SRPK Jalan Hutton

Pusat Sumber PKG

Bilik Mesyuarat