Latihan Peluasan VLE 1Bestarinet (Guru) telah diadakan dari 13 Mei 2013 sehingga 15 Mei 2013 bagi kumpulan 1.
Latihan Peluasan VLE 1Bestarinet (Guru) telah diadakan dari 20 Mei 2013 sehingga 22 Mei 2013 bagi kumpulan 2.
Kedua-dua latihan ini diadakan di tempat Billik Kuliah dan Bilik Mesyuarat, PKG Kelawai. Latihan ini dijalankan secara kerjasama antara JPN, BTPN, PPD dan PKG.
Latihan ini dihadiri oleh peserta iaitu pembantu pengurus sistem dan pengurus sistem (admin) yang terdiri daripada Guru Penyelaras ICT atau Guru Penyelaras Bestari kawasan sekolah PKG Kelawai dan PKG Dato' Keramat.
Jurulatih Utama (JU) bagi Latihan Perluasan VLE 1Bestarinet (Guru) ialah:
1) MUHAMMAD ZAIM BIN ADAM - PTP PKG ALMA
2) AHMAD FAUZI BIN KOMARI - PTP PKG KELAWAI
3) AZHAR BIN AHMAD - PTP PKG NIBONG TEBAL
4) MOHD ABDUL NASIR BIN KALIB - PKG TELUK AIR TAWAR
5) HIZAM BIN ISMAIL - PTP PKG BALIK PULAU
6) MUHAMMAD REDZA BIN TAJUDDIN - PTP PKG SUNGAI BAKAP
Pegawai PPD Timur Laut memberi bantuan untuk menjayakan latihan ini. Antara modul latihan yang disampaikan dalam latihan tersebut ialah Aktif Yes ID, Jawatankuasa di Sekolah, Dashboard Peribadi, Dashboard Sekolah, Pengurusan Sumber, Laman (Sites) PdP, Laman Bidang. Kalendar, Kalendar Tempahan dan sebagainya. Latihan ini berjalan dengan lancar dan jaya.
Peserta sedang berdaftar diri.
JU sedang menyampaikan taklimat dan latihan kepada peserta.
Peserta sedang menjalankan Latihan Perluasan VLE 1Bestarinet agar dapat mengadakan LDP di sekolah masing-masing.