22 June 2013

Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti PKG Kawasan Pulau Bil.6/2013

Mesyuarat ini diadakan pada 21 Jun 2013, pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang di Bilik Kuliah, PKG Kelawai. Mesyuarat ini dihadiri oleh Pegawai Teknologi Pendidikan bagi PKG kawasan Pulau iaitu PKG Air Itam, PKG Balik Pulau, PKG Bayan Lepas, PKG Dato' Keramat, PKG Gelugor, PKG Kelawai dan PKG Tanjung Bunga. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah Bengkel Khidmat Bantu PSS SMK (M) ST GEORGE, Lawatan Tapak ke SMK (P) St. George, Bengkel Khidmat Bantu ICT SMK Abdullah Munshi, Bengkel Pemantapan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Peringkat Daerah Timur Laut Dan Barat Daya 2013, Bengkel Penghasilan Grafik dan sebagainya. Mesyuarat telah dijalankan dengan lancar dan ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

Mesyuarat dipengerusikan oleh PTP2 PKG Kelawai.


Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kawasan Pulau sedang menjalankan mesyuarat.

En. Abdullah bin Yaacob sedang berkongsi bahan bengkel dengan En. Ahmad Shahir bin Jaafar.